" ADD ALLAH in your LIFE!MULTIPLY your GOOD DEEDS!DIVIDE your BLESSINGS with others!SUBTRACT your BAD DEEDS!EQUALS wonderful life '

Monday, July 23, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Assalammualaikum...alhamdulillah syukur Ya Allah....

Ehhh ehhh banyak kot sarang lelabah kat blog aku *tak da mood nak meluahkan kat blog senanye* Pagi ramadhan yang ke-3 yang mulia ni iaitu pada hari isnin (ok hari bekerja) ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah kerana masih bernyawa dan diberi peluang utk bersama-sama seluruh umat islam bagi menunaikan ibadah puasa tahun ini...Walaupun dicanang sana sini oleh sahabat FACEBOOK dan juga TWITTER yg mereka sambut ramadhan di kampung halaman memasing bersama keluarga tercinta tapi apakan daya ku yang hanya mampu mendoakan segalanya cukup buat keluargaku yg jauh nun di utara sana...Aku tetap bersyukur walaupun hari-hari mak call katenye nak masak kueh tu la kueh ni la ditambah pula kakak ipar yang mencemburukan aku dgn masakan mak tu :'( dan uwaaaaaaa *menanges dalam selimut*...

Ramai yang kate bulan ramadhan ni macam pesta makanan sebab mcm2 makanan akan dijual di bazaar *ok nak buat muka camni )-,-( * sebab tak dapat pergi lagi...pada pendapat aku tak kesahlah nak panggil pesta makanan ke apa ke janji kita berjimat bila berbelanja dan tak terjojol mate ketika ke bazaar ramadhan tu..dan YANG PALING PENTING IBADAH WAJIB DAN SUNAT DILAKUKAN..dah terlanjur aku cakap pasal ramadhan ni aku nak bentangkan sesuatu dekat entry kali ni...

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
  • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

InsyaAllah semoga aku masih diberi kesempatan sehingga ke akhir ramadhan utk sama-sama mengejar barakah Allah SWT....dan diberi kesempatan menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta *mak tunggu yerrrr* hikhik ^____^'