" ADD ALLAH in your LIFE!MULTIPLY your GOOD DEEDS!DIVIDE your BLESSINGS with others!SUBTRACT your BAD DEEDS!EQUALS wonderful life '

Sunday, May 19, 2013

ONE DAY TRIP TO MELAKA : Bajet murah?

Assalammualaikum...tempoh hari untuk kali yang ke berapa aku dah tak ingat aku dah menjejakkan kaki ke Melaka negeri yang bersejarah..kali ni pergi dengan housemate berdua pulak..cost untuk seorang hanya RM 40 pergi balik..MURAH KAN???sangat uols...hiks...perjalan kami bermula seawal jam 8 pagi...jam 9 kami sampai di RnR Seremban untuk berhenti rehat...kita makan dulu!!!tempat ni memg selalu penuh...entah dari mana dtgnya..hiksss..so jom kita tgk gambar di bawah trip satu hari kami...


Haaa....pintu gerbang masuk Melaka!!yeahhh dapat jugak amik gambo ni..
Bangunan merah!!!ni tempat best utk berjalan-jalan..bangunan yang penuh bersejarah...
pagi-pagi sampai terus panjat ni..tanjat jantung titewww tau...untuk panduan pada yang cepat dehydrated teruk tu sila bwk air berlebihan ya...aku bwk 100plus tapi botol kecik...sampai atas terus abes..haha
nice view dekat atas ni...yang kahwin dan shoot gambar kat sini pun ada tau...
tgk lah view tu nampak laut...syok tau...angin toksah cakap memg kuat bakhang...hehe
yang tiang tinggi tu kalau tak silap Menara Taming Sari..dah pernah naik dulu sekali..memg best lah jugak dapat tgk whole Melaka tau...
Dah penat panjat bangunan bersejarah Kota A Famosa ni kita turun dan kita terus ke Melaka River Cruise...haaaa kita naik bot pula susuri Sungai Melaka.... *agak berbau skit* tapi aku nak jugak naik sekali at least bila org tanya tu tau lah jugak kan..hikss
jom kita naik bot ni...tambang dia tak ingat rasanya dalam RM10/15 kot..kena beratur hookey...jangan ikut sedap je dtg terus nak naik..hiksss
sepanjang Sg Melaka nampak ada monorail tau...haaa jgn hengat KL je ada tau...tapi monorail ni sama jugak lah mcm bot ni function nya..
ada art building sepanjang susuri Sg Melaka ni...this what i love :) cantik..kreatif..
sebelah Sg Melaka tu bangunan tu hotel Casa D Rio tak silap aku lah...camne tah dorg duk hotel tu sebab sungai tu berbau..hukhuk
nmpk tak belakang tu Melaka River Cruise..tangan sebelah tu tangan bapak adik sebelah dahku..hahaha kemahen dia..
haruslah bergambar sebelum turun bot..hiksss
a must captured pic kalau dtg sini!!hiksss dulu angah aku ada tabung Menara Jam ni sekarang tak tau ada tak lagi..
Captain Cap Kaki Ayam..pon boley..hahaha
nak ke Jonker Street akan lalu sini...Melaka Hard Rock Cafe...lalu je tauuu Jonker Street dibuka sekitar jam 5ptg hingga larut malam..sempat pergi sampai jam 6.30 ptg je sebab nak kena balik dah..kata org kalau malam best..
paling suka gambar ni..hiksss sebab tu lantainya menarik!!!cantik!hehe
dah penat...duduk di atas tiang kecik dengan muka sememeh penuh peluh keringat satu hari berjalan...sakit kaki tau..
Setakat ini lah dulu corat coret trip ke Melaka...sgt ohsem best..pergi berdua best jugak takde byk ragam dan tak perlu tunggu ramai org..hiksss rasa nak pergi lagi one day..in shaa Allah...nak ke Pantai Kelebang plak kata org kat situ best jugak...oke lah tata titi tutu

No comments: